Rabu, 17 Februari 2016

Penambahan Pecahan (Bahagian 3)

Penambahan Pecahan 

HASIL PEMBELAJARAN


a) Menambah tiga nombor yang melibatkan nombor bercampur, nombor bulat  
dan pecahan wajar.
b) Menambah tiga nombor bercampur
c) Menyelesaikan masalah yang melibatkan penambahan nombor
 bercampur dalam situasi harian.


assalamualaikum 
dan selamat sejahtera
ADIK-ADIK!!

~ moga sentiasa sihat, ya..

kali ini kita masih berada di bawah tajuk PENAMBAHAN

namun kali ini penambahan melibatkan 3 nombor

NOMBOR BULAT + NOMBOR BERCAMPUR + PECAHAN WAJAR



ok..
seterusnya
kita teruskan dengan penambahan

NOMBOR BERCAMPUR + NOMBOR BERCAMPUR + NOMBOR BERCAMPUR


bagus adik-adik!!
sekarang adik-adik sudah mempelajari konsep penambahan..

untuk menguasai topik ini, adik perlu banyakkan membuat latihan
cuba adik-adik selesaikan soalan ini:

4  3/7 + 9/8 + 3 =
1/3 + 6 + 7 5/6 =
3  3/8 + 2  5/6 + 5 2/3 =
3 1/9 + 1 2/3 + 2  1/6 =
untuk banyakkan lagi latihan adik-adik sila klik SINI

adik-adik juga boleh cuba latihan yang terdapat di SINI

TAHUKAH ADIK-ADIK?

Penambahan  pecahan boleh digunakan
 dalam kehidupan kita sehari-hari.
sebagai contoh:

situasi 1

Segelas air mampu diisi sebanyak 250ml air. Aman, Adi dan Athirah masing-masing telah menggunakan cawan tersebut untuk minum. Aman telah menghabiskan kesemua air dan menambah sebanyak 1/2 lagi air yang dituang, Adi pula minum  1 2/3 air daripada cawan tersebut. Athirah pula hanya minum 1 1/4 air. Berapakah jumlah air dalam ml yang telah dihabiskan oleh mereka bertiga?

adik-adik perlu tahu!!

Aman - segelas dan 1/2 lagi = 1 1/2 x 250 ml
                                             = 375 ml            

Adi - 1 2/3 air = 1 2/3 x 250ml   
                           = 416.67 ml      

Athirah- 1 1/4 air =  1 1/4 x 250ml
                               = 312.5 ml       

Jumlah air yang diminum:               
     = 375ml + 416.67ml + 312.5 ml
     = 1104.17 ml                              

situasi 2

Ismail telah bercadang untuk membeli barang keperluannya di sekolah. Ibunya telah membekalkan wang sebanyak RM150 untuk kegunaannya itu. Di dalam perjalanan dia telah singgah ke kedai kasut. Di sana dia telah menghabiskan 1/2 daripada duit yang dibekalkan oleh ibunya untuk membeli sepasang kasut bola. Di kedai yang lain, dia telah menggunakan 1/5 daripada wang tadi untuk membeli beg sekolah dan 1 1/8 daripada harga beg sekolah tadi untuk buku dan alat-alat tulis. Berapakah duit yang telah dibelanjakan oleh Ismail?

KELUARKAN SEMUA KATA KUNCI

Jumlah duit yang dibekalkan = RM 150

HARGA BARANG YANG DIBELI
Kasut bola = 1/2 x RM150
                  = RM 75

Beg sekolah = 1/5 x RM 150
                     = RM 30

Buku dan alat-alat tulis = 1 1/8 x RM 30
                                      = RM 33.75

Jumlah Perbelanjaan = kasut bola + beg sekolah + buku dan alat tulis
                                  = RM 75 + RM 30 + RM 33.75
                                  = RM 138.75

Mudahkan adik-adik...
jadi..
untuk lebih mahir..
banyakkanlah membuat latihan..

semoga adik-adik dipermudahkan untuk memahami topik ini