Pecahan ialah satu topik yang amat sukar
dikuasai oleh murid-murid di sekolah rendah. Ini kerana konsep pecahan
yang abstrak yang menyukarkan murid-murid memahami apakah itu pecahan.
Apabila murid-murid memahami konsep pecahan, mereka mula sedar bahawa
topik pecahan bukanlah satu topik tabu atau menakutkan kepada mereka.